Rabu, 10 November 2010

Majlis Graduasi

MAJLIS GRADUASI PPKI DAERAH KULAI JAYA TAHUN 2010

TARIKH : 11 NOVEMBER 2010
TEMPAT : SMK BANDAR TENGGARA
MASA : 9.00 PAGI - 12 TENGHARI
PERASMIAN OLEH : TN, HJ, BAHROM BIN ALI
PPD DAERAH, KULAIJAYA

Semua dijemput hadir. Tahniah kepada murid-murid yang bakal ke sekolah menengah dan selamat maju jaya kepada murid-murid yang akan tamat persekolahan.

Selasa, 17 November 2009

PNDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN


VISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar-pelajar pendidikan khas sekolah-sekolah ke arah kecemerlangan hidup berteraskan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan...

MISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan prasarana dan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti serta latihan pra vokasional dan kemahiran hidup kepada pelajar-pelajar sekolah yang bekeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang boleh berdikari, berjaya dalam hidup erta mendapat sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara...

MATLAMAT PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkembangan optima kepada pelajar sekolah yang bekeperlan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, berupaya merancang, mengurus kehidupan sendiri serta menyedari potensi diri sendiri da boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat

Isnin, 16 November 2009

Pendidikan Khas...


PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-

  • Perkembangan mental
  • Kestabilan emosi
  • Integrasi sosial

KANAK-KANAK KHAS

Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.

“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.

Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993